OBJEKTIF BLOG INI

on Friday, July 23, 2010

Salam!

Kita sering disogokkan dengan berita-berita masalah keruntuhan akhlak remaja masakini dengan pelbagai kes seperti pembuangan bayi, terlibat dengan kancah penagihan dadah, ragut, bersekedudukan tanpa ikatan yang sah dan 1001 macam masalah lagi yang mendorong kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat masa kini.

Pelbagai soalan yang bermain di fikiran kita dan kita tertanya-tanya kenapa ini berlaku, siapa yang harus dipersalahkan, bagaimana kita mahu membendung dari gejala-gejala seperti di atas terus berleluasa sehingga meruntuhkan keharmonian negara dan jauh lebih dahsyat membelakangkan suruhan agama!

Tetapi pernahkah kita terfikir apa sumbangan kita sebagai individu untuk membendung dari keruntuhan institusi kekeluargaan masa kini? Atas alasan terlalu takut dan bimbang akan masa depan anak-anak kita di masa hadapan maka blog ini dibina bagi tujuan memberi kesedaran dan berkongsi ilmu dan maklumat supaya kita boleh membina sebuah KELUARGA BAHAGIA! Kerana alasan yang selalu diberi oleh individu bila terjadi masalah moral dan keruntuhan akhlak remaja akhir zaman ini adalah tidak tenang dan tenteram bila bersama ahli keluarga.

Selain dari itu statistik perceraian pasangan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bagaimana kita mahu membentuk anak-anak kita supaya menjadi seorang yang berguna tanpa ada tekanan sedangkan sebagai ibu bapa kita tidak mampu memberikan contoh yang terbaik.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berkongsi rahsia bagaimana cara yang betul mengikut landasan Islam untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat... Insya Allah.


~PUAN SERI BAHAGIA~

No comments:

Post a Comment

Labels